About Me

Dilahirkan pd tanggal 25hb Jun 1978,, Berasal dri Taiping, Perak... Berkahwin pd 24hb November 2006 dgn jejaka pilihan hati Mohd. Khaidir & mempunyai seorang cahayamata Muhammad Nazrin... 'KEKAYAAN bukanlah satu dosa & KECANTIKKAN bukanlah satu kesalahan,,Oleh itu jika anda memiliki keduanya jgnlah anda lupa pd yg MAHA ESA.. Muhammad Nazrin adalah seorang anak istimewa/anak syurga.... Seorang anak yg bijak wlaupun xsempurna akal nye... Ibu bangga memiliki kamo...

SIGN PLIZZZZ

Friday, November 11, 2011

11.11.11

11.11.11 - tarikh yg ckup cnteek n sesuai tuk dijadikan tarikh2 penting tpi ape yg ade ngn 11.11.11.......

rsenye xde ape yg menarik ngan tarikh nie cma arinie my hubby kembali berjuang stlah lama brcuti.. huhuhu..

miz him so much,,,,,,

Sunday, November 6, 2011

RAWAT JULING


Untuk dikongsi bersama..

Petikan dari blog Prof. Dr. Muhaya - Beutiful Eyes



Rawat Juling


JULING antara masalah mata yang kerap berlaku, terutama pada kanak-kanak.Walaupun ada orang menganggap juling sebagai tanda tuah, hakikatnya iaboleh menjejaskan penglihatan dan jika dibiarkan, masalah ini boleh bertambah teruk apabila meningkat dewasa. Antara persoalan yang sering diajukan ialah:

1. Apakah masalah yang mungkin dihadapi seseorang yang
mengalami kejulingan?

Masalah kejulingan bukan saja menjejaskan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas, malah mencacatkan rupa Paras yang secara tidak langsung mempengaruhi serta merendahkan keyakinan diri seseorang. Mereka berasa rendah diri dan malu berdepan masyarakat.

2. Jika seseorang itu juling sejak lahir, apakah kejulingannya boleh dirawat?

Ya. Kejulingan boleh dirawat dan jenis rawatan bergantung kepada punca kejulingan. Ada yang dapat dirawat dengan cermin mata dan ada yang memerlukan pembedahan. Pembedahan pada otot untuk membetulkan kedudukan mata boleh dilakukan.

3. Adakah rawatan, termasuk pembedahan, dibolehkan Islam?

Ya, boleh kerana kejulingan adalah penyakit, oleh itu ia harus dirawat. Dalam hal ini, jika kecacatan (juling) seseorang menimbulkan rasa rendah diri, ada keharusan untuk melakukan pembedahan mata.

4. Apakah juling boleh menyebabkan gangguan penglihatan?
Jika juling hanya berlaku pada sebelah mata, keadaan ambliopia atau 'mata malas' boleh berlaku. Ambliopia terjadi kerana kerosakan penglihatan dalam beberapa tahun pertama umur kanak-kanak seperti mata juling, mata berselaput, rabun jauh dan penglihatan kabur. Ketika tahap pembentukan, mata perlu ada imej jelas di bahagian retina untuk membolehkan kedua-dua mata dan otak memproses imej dengan betul.

Kejulingan berlaku apabila kedudukan bola mata tidak selari. Ada yang juling ke arah keluar dan ada ke dalam. Ia boleh berlaku pada sebelah mata saja atau secara berganti-ganti iaitu mata kanan dan ada kalanya berubah ke mata kiri.

5. Apakah punca kejulingan?
Dua punca utama menyebabkan masalah kejulingan iaitu:
* Faktor semula jadi yang mana seseorang itu mengalaminya sejak lahir
* Apabila saraf yang mengawal pergerakan mata yang terletak di bahagian
otak manusia rosak atau penyakit otot yang mengawal pergerakan bola mata

6. Apa patut dilakukan ibu bapa yang ada anak juling?
Ibu bapa yang mendapati mata anak juling sejak lahir perlu memerhatikan keadaan juling itu sehingga kanak-kanak itu berumur enam bulan. Jika berlarutan, kanak-kanak itu perlu dibawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan. Kejulingan sejak kecil yang tidak dirawat boleh membahayakan kanak-kanak. Ini kerana, mata yang juling menghalang kanak-kanak melihat
objek dengan jelas.

Pada keadaan biasa apabila mata melihat objek, bola mata bergerak pada satu arah sama. Namun apabila mengalami juling, jika seseorang itu melihat sebelah kiri, hanya sebelah mata bergerak ke arah itu, sedangkan sebelah lagi melihat ke arah lain.
Fenomena itu menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata difokus ke bahagian yang tidak sama pada retina. Lama-kelamaan mata yang tidak mendapat imej tepat menjadi malas atau ambliopia, yang mengurangkan keupayaan mata untuk melihat dengan jelas.

7. Adakah keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan kejulingan?
Anak kecil yang mengalami kejulingan perlu menjalani pemeriksaan kerana mungkin disebabkan penyakit mata seperti barah retina. Pernah terjadi seorang kanak-kanak mengalami masalah kejulingan, tetapi ibu bapanya tidak membawanya menjalani pemeriksaan. Selepas setahun, barah pada retina kanak-kanak itu bertambah besar hingga menyebabkan matanya buta dan membahayakan nyawanya.

8. Apakah penyebab lain kejulingan selain daripada ketika lahir?
Selain yang berlaku ketika kecil, kejulingan boleh berlaku akibat kerosakan pada saraf menyebabkan seseorang, khususnya orang dewasa, mengalami diplopia iaitu mata melihat dua imej, sedangkan hanya satu objek di depan mereka. Hal ini boleh berlaku tiba-tiba.

9. Apa harus dilakukan jika hal ini berlaku?
Jika hal ini berlaku, pesakit perlu segera berjumpa doktor. Kejadian ini mungkin disebabkan kerosakan pada saraf yang mengawal pergerakan bola mata yang terletak di dalam otak. Jika ada penyakit di bahagian otak, kejulingan berlaku tiba-tiba.

10. Apa akan dilakukan doktor dalam keadaan ini?
Ketika pemeriksaan, doktor melihat penyebabnya. Kerosakan itu mungkin disebabkan penyakit kencing manis, barah dalam kepala atau tekanan darah tinggi.

11. Bolehkah barah otak menyebabkan kejulingan?
Mengimbas kembali pengalaman dua tahun lalu, seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) pernah mengalami kejulingan secara tiba-tiba, disertai dengan diplopia (satu objek kelihatan dua). Apabila dibuat pemeriksaan, pelajar itu menghidap barah otak yang serius.

12. Apakah rawatan bagi juling?
Ada beberapa kaedah rawatan kejulingan kurang serius. Ada kejulingan dapat dirawat dengan memakai cermin mata yang tepat. Bagi kanak-kanak pula, masalah ambliopia dapat diatasi jika rawatan dimulakan sebelum berusia sembilan tahun.

13. Kadangkala ada rawatan juling membabitkan cara menutup mata yang normal dan kanak-kanak digalakkan membaca dengan menggunakan mata yang kurang jelas penglihatannya. Apakah ini logik?
Ini adalah kaedah rawatan bagi ambliopia (mata malas). Pesakit diberi rawatan dengan menggalakkan penggunaan mata yang mengalami ambliopia dan menutup mata yang normal. Kaedah itu memaksa kanak-kanak menggunakan mata yang mengalami ambliopia untuk membuat kerja rumit. Bagaimanapun, kaedah itu berkesan sebelum berumur sembilan tahun.
Selepas tempoh itu, perkembangan mata kanak-kanak sudah sempurna dan sukar mengubahnya. Rawatan ini boleh dilakukan di rumah antara tiga dan empat sehari kira-kria tiga jam sehari oleh ibu bapa dengan panduan doktor pakar. Perlu diingatkan, pembedahan atau memakai kaca mata juga mampu memulihkan kejulingan, tetapi bergantung kepada tahap seriusnya masalah itu. Pembedahan bagi mengembalikan kesejajaran mata. Ia mudah dan tidak
bahaya.

14. Apakah pengalaman doktor dalam merawat pesakit juling?
Saya pernah merawat pelajar juling berusia 20-an. Pelajar itu berasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Setiap kali bertemu atau berbincang, pelajar itu takut bertentang mata dengan kawan.Ini kerana berpunca ibu bapa enggan membenarkannya menjalani pembedahan kerana menganggap kejulingan itu anugerah Tuhan dan tidak perlu diubah.

Bagaimanapun pembedahan, pelajar itu mengalami perubahan dengan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Saya menasihatkan mereka yang disyorkan menjalani pembedahan menerimanya kerana pembedahan selamat.
(END)

SEJERNIH SINAR MATAMU..

Petang tdi dgn xsemenanye mse ngah bersiap2 tuk kuar aku trpggil tuk menonton satu rancangan di tv3 bertajuk 'SEJERNIH SINAR MATAMU'.... kisah menceritakan ttng seorang Pakar Mata iaitu Prof. Dr. Muhaya Mohamad yg di gelar Doktor Mukmin merawat pesakitnye...

Aku xdpt mngikut rancangan nie dri awal,,hnya separuh je dpt aku ikut tpi wlupun separuh aku dpr rsekan yg Prof. nie seorang yg amat baek hati serta jujur & ikhlas dalam merawat setiap pesakitnye... Setiap kata2 yg kuar dri mulut dia membuatkn kte insaf ble mndengarnye...

Yang pasti aku akan merujuk pada Prof. berkenaan KATARAK mata si kecik aku.... mudahan nie la jalan yg dberikan oleh Allah tuk merawat mata ank ku... Insyallah...

Pada reader yg ade mngalami ape jua msalah ttg mata oleh merujuk pada Prof..

http://drmuhayalasik.blogspot.com

drmuhaya@gmail.com


Bagi yang tak berpeluang tengok tadi saksikan rancangan "SEJERNIH SINAR MATAMU" di www.tonton.com.my. tq puteri Nur Ain
www.tonton.com.my
Catchup TV, Streaming Video, Tonton, Watch,Movies,Shows,Specials,Live,Malaysian, Media Prima, AltMedia




MY 5TH ANNIVERSARY...


Pejam celik pejam cilik dh msuk 5 tahun usia perkawinan aku pd 24.11.2011... Alhamdulillah, walaupun pada awal usia perkahwinan ku dilanda badai gelora nmun berkat doa n kesabaran sumernye kembali pulih...syukur syukur.. 
Terima kasih ya allah di atas keberkatan mu tuk rumahtangga ini.. amin....

Byk liku2 dlm mgharungi rmhtgga selama 5 thun nie,,.suka duka sedih n mcm2... tpi bak kta org sdangkn lidah lagi tergigit niekn pula suami isteri... sumer2 yg terjadi mematangkn kami n mngeratkan kash syg... 

tuk si SUAMI,,,

Abang,,
ayg xmngharapkan abg limpahkn kmi dgn emas permata,,cma limpahkan kmi dgn ksh syg abg,,jgn ade kurang sedikit pn...itu sudh ckup bwt kmi bhgia wlupun kte tpakse mnempuh brmcam2 dugaan tnpa henti... insyallah ade hikmahnye nti... moga dgn kebahgiaan nie kte dberi dmurahkan rzeki n moga kte bhgia hgga ujung nyawa.. amin... i love u soooo much.... muuah...


p/s: 10.11.2011 nie suami aku genap 33tahun...moga abg diberikan kesihatan yg baek n dmurahkan rzeki.. amin... ayg syg abg sgt2,,,, 


X TERJANGKA DI AKAL...

mmg xtrjangka dek akal aku leh kena dmm trlampaw 3ari trsadai atas katil... mulanye si kecik aku demam,,ps dia dh kurang skit,,ttba aku plak terkena virus demam tu,,,

temp. aku time jmpa doc 38c...pas mkn ubat aku mmg tersadai atas katil...dmm kli nie laen mcam sgt2 pada aku..sllnye aku dmm mkn je ubat dh ok tpi kli nie demam siap dgn betis 2 2 bela kki nie rse dcucuk2...termat la sakt n perit nye...aku mpu baring je...tu pn xselesa sb ase dnyut2 betis,,ble dmm kebah,,kurang skit dnyutan n mpu bgun sjap...cer byangkan aku dmm n nk jga ank dmm jgak..kmi 2 beranak melepek atas katil... tpi dh nmanye ibu,,sesakt mne pn aku ttap aku gagah kn diri tuk ank aku...kesihatan ank lgi penting...klu si kcik aku dmm lgi hura hara...tpi aku mmg xmpu nk bgun n bdiri lma2...mmg mngalir r airmata nie menahan keperitan...nk dmntak picit,,spe pn yg nk d harapkan...my mom picitkn kejap bleh r coz dia pn ade kje dia,,,suami!!!mne blek g... 2 yg sedey ble time sakt cmnie suami tiada dcc... uuwaaaa.....

3 ari aku tsadai,,mmg perit teramat...mc aku mc brsmbung n paling perit ari sbtu..aku rse nk cabut je kki aku time dnyut tu..Allahuakbar...org xkena mmg xtau cmne peritnye tpi y dh kena tu tau r bahananye,,mmg tobat xnk dg demm cmnie klu boleh...selama aku idup 33 tahun nie,,,nie lah dmm yg paling truk yg pnah aku alami stakat nie...

Sabtu petang bru suami smpi,,,dpt la kki aku nie d pcit2 mntara nk tggu panel klink aku bukk kul 7ptg.. mnges aku menahan kesakitan... dsbbkan kecian tgok aku mnderita kesakitan suami aku suh mkn pil sakit sendi dia..aku pn telan la sb dh xtahan sgt... n sapu myak pnaz kt betis... lbih kurang sejam aku rse bdn aku dh brpeluh2 n sngal kki dh kurang... Alhamdullah la... bru mpu aku bgun mndi n g klinik kul 7ptg..

ishhhh bdn aku bpeluh2 xbnti plak pas telan pil suami aku tu,,isau plak aku..msuk jmpa doc,,dia check tekak aku mmg d bgkak sgt2 dh,,aku dh mtak tuk cucuk ubt sakit urat tpi doc xbgi...aku isau sengal kki aku kmbali,,mmg xsggupppppppp.....

dn alhamdulillah setakat aku tulis blog nie dmm aku dh baek,,sengal kki dh baek cma seme n btuk je lom lega g...tpi xpe yg pnting sngal kki 2 baek..klu x mmg xmpu nk wat pape..baring je...tu pn xselesa... 

Syukur alhamdulillah aku diberi kesihatan yg baik kembali.. amin...

now cm isau si kecik aku lom reda g dmmnye...hukhukhuk....